skgppp.zoom-a.com
Sekolah Kebangsaan Guar Perahu
14400 Kubang Semang, Pulau Pinang.
Tel : 604-521 3271, Faks : 604-521 3271     e-mel : arfarrr@yahoo.com.my
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | MOTO, VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | PERPUSTAKAAN | BUKUPELAWAT |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU 14400 KUBANG SEMANG, BUKIT MERTAJAM. 

 TAHUN 1911

Seperti yang diceritakan oleh Allahyarham Tuan Haji bin Muhamad (ayah kepada Encik Sulaiman bin Haji Ismail PJK, PBS, Wakil Kementerian Pendidikan dalam Jemaah Pengurus Sekolah, Pengerusi Jemaah Pengurus dan PIBG ) sekolah ini asalnya daripada pondok kenduri. Setelah mengadakan maufakat dan disetujui oleh jiran-jirannya maka balai kenduri yang dibuat dari batang kelapa sebagai pelapiknya,batang pinang dan buluh sebagai rasuk dan tiang,papan-papan sebagai lantai dan nipah sebagai atapnya telah dijadikan tempat belajar. Dengan usaha Allahyarham juga, seorang guru yang tahu membaca Melayu (Jawi) telah dilantik menjadi sebagai guru. Beliau adalah Allahyarham En. Salleh bin Hj. Tahir. Muridnya seramai 7 orang di mana hanya tinggal seorang sahaja murid tuanya masih ada bersama-sama kita, iaitu Pengerusi Jemaah Pengurus sekolah kita sekarang ini. (En. Sulaiman bin Haji Ismail)

TAHUN 1912 - 1914

Setahun selepas sekolah yang diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Ismail itu didirikan, maka kerajaan Negeri Selat (Pulau Pinang) telah mendirikan sebuah sekolah yang lebih sedikit dari sekolah yang diasaskan. Sekolah ini berdindingkan papan dan beratapkan nipah juga.

TAHUN 1914 - 1923

 Pada tahun ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghantarkan  guru kerajaan untuk berkhidmat di sekolah ini. Guru-guru tersebut iaitu : Allahyarham Encik Saad bin Putih (Guru Besar) Allahyarham Encik Awang bin Akil (Guru Penolong) Dengan jumlah murid seramai 30 orang.

TAHUN 1924 - 1928

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendirikan bangunan yang lebih baik iaitu bertiangkan bata yang disusun, berdinding dan berlantaikan papan, bertingkapkan pelupuh dan beratapkan genting. Dalam tahun ini juga seuah Rumah Guru iaitu JKR 102 didirikan. Murid-muridnya pada masa ini telah meningkat seramai 99 orang dengan 3 orang guru termasuk Allahyarham Encik Md. Taib bin Ismail sebagai Guru Besarnya.

TAHUN 1929 - 1930

Guru Besar sekolah ini ialah Allahyarham Encik Md. Noh bin Yahaya gurunya seramai 4 orang juga dan murid-muridnya seramai 104 orang.

TAHUN 1930 - 1933

Allahyarham Encik Othman bin Md. Ali telah dilantik menjadi Guru Besar. Guru Penolongnya seramai 4 orang juga dan muridnya seramai 112 orang.

TAHUN 1934 - 1935

Allahyarham Encik Jamal bin Salleh dilantik menjadi Guru Besar. Guru Penolongnya seramai 4 orang dan muridnya seramai 122 orang.

TAHUN 1936 - 1937

Allahyarham Encik Harun bin Md. Taib dilantik menjadi Guru Besar. Guru Penolongnya seramai 4 orang dan muridnya seramai 146 orang.

TAHUN 1937 - 1941

Allahyarham Encik Taib bin Md. Ali dilantik menjadi Guru Besar. Guru Penolongnya seramai 5 orang dan muridnya seramai 161 orang.

 TAHUN 1945 - 1950

Dalam masa DAI TOA SENSO (Peperangan Asia Raya) dimana tanah air kita dijajah oleh Jepun. Maka sekolah ini menjadi seperti sekolah-sekolah lain juga telah dijadikan GAKKO (sekolah) untuk mengajar bahasa Jepun (Nippon Go).

TAHUN 1945 - 1950

Lepas Peperangan Dunia Kedua - Pentadbiran tentera British (BMA) memerintah tanahair kita. Sekolah ini dibuka semula untuk belajar bahasa Melayu. Guru Besarnya Allahyarham Encik Daud bin Haji Salleh. Guru penolongnya seramai 5 orang dengan muridnya seramai 162 orang.

TAHUN 1951 - 1956

 Murid-murid sekolah ini telah bertambah dengan pesatnya iaitu berjumlah 303 orang. Guru Besar yang dilantik ialah Allahyarham Encik Ahmad bin Yahaya. Guru penolongnya seramai 5 orang. Dalam tahun ini juga Pejabat Pelajaran Pulau Pinang menghantar seorang tukang kebun bertugas disekolah ini 2 hari dalam seminggu. TAHUN 1955- Kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan setingkat mempunyai 6 bilik darjah , tandas dan sebuah setor yang dijadikan Pejabat Sekolah dan bilik Guru Besar.

TAHUN 1957 - 1960

 Guru Besarnya ialah Encik Md. Desa bin Yahaya. Jumlah murid seramai 439 orang dengan guru penolongnya seramai 14 orang. Dalam tahun ini juga sekolah ini mendapat seorang tukang kebun tetap dan seorang guru Bahasa Inggeris yang mula mengajar bahasa itu murid-murid darjahnya 3 hingga darjah 6. Pada 9.10.1957 iaitu beberapa bulan lepas merdeka dimana Pulau Pinang telah bergabenor yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertua Agong. Maka pada tarikh tersebut Tuan Yang Terutama Almarhum Raja Tun Uda bin Raja Muhamad. Gabenor Negeri Pulau Pinang yang pertama berkenan merasmikan bangunan tambahan yang mula dibina tahun 1955.

TAHUN 1960 - 1968

Pada tahun ini Tuan Haji Abdullah bin Husain telah dilantik menjadi Guru Besar sekolah ini.Muridnya 437 orang dengan gurunya seramai 15 orang termasuk Guru Besar juga seorang guru Agama Islam untuk ditugaskan mengajar di sekolah ini. Gaji guru Agama ini di bayar oleh Lembaga Pengurus Sekolah. Pada bulan Julai 1961 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah mengambil alih mengelola hal bayaran gaji kepada guru Agamanya.

TAHUN 1968 -1974



Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah


SKGP Boleh!!!


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: